fb Twitter

Wednesday, August 3

Khairul Fahmi Putus Tunang. Nak suka ke nak sedih ke nak marah?



Sekarang ni tengah heboh satu Malaysia yang penjaga gol Harimau Malaya sudah pun putus tunang dengan 'Jejari Runcing' atau Aimie Harmelia. Elia ni agak famous jugak di kalangan blogger. 


I tumpang sedih sebab mereka sepatut nya akan melangsungkan perkahwinan akhir bulan 10 nanti. Lagipun baru 2 bulan je bertunang tapi sekarang dah jadi macam ni.


Mungkin dua-dua masih lagi muda dan baru nak membina kerja. Jadi masih belum matang untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka. 


Tapi bagi I masing-masing pun ada kekurangan sendiri. Elia yang sebagai blogger sepatutnya bersederhana je dari awal. Tak perlu la nak menceritakan secara details sangat tentang perhubungan dengan Khairul Fahmi Che Mat. I know it is your personal blog and bebas nak menceritakan apa-apa dalam tuh. Tapi kena tau juga your blog bukan private blog, it is open to public. Semua orang bebas keluar masuk blog kamu tu. Setiap apa yang nak disampaikan kena la di fikirkan baik buruk nya. Lagi satu, tentang masalah dalaman tak perlu nak di coretkan dalam blog atau pun FB. Tak perlu nak maki-maki dalam FB sampai public boleh tau. Sebab akan menjatuhkan air muka Khairul Fahmi yang memang dikenali satu Malaysia. Please respect maruah dia juga walaupun awak tu tengah sakit hati.


Berdiam diri adalah lah lebih baik dari bersuara. Berdiam diri tak semestinya lari daripada masalah. Bagi I tak perlu nak keluarkan sebarang kenyataan dalam akhar or sebarang media dan menunding jari siapa yang salah siapa betul. Tu kan masalah dalam kain batik korang. Tak perlu la membuka pekung di dada walaupun tau KF ada awek lain. Biar keluarga yang terdekat saja faham. Bila masing masing bersuara dan buka mulat, memang la akan mempertahan kan diri sendiri. Sorang pujaan ramai, sorang lagi blogger fames. Mesti la tak nak nampak salah sendiri. 


Apex pn..walaupun se'busy' mana pun, kalau nak putuskan tunang kena la cara baik. Kenapa masa tunang boleh datang rumah tapi bila nak putuskan tunang hanya hantar family saja dengan alasan yang awak tu busy training. Apa salah nya luangkan sedikit masa jumpa family Elia dan putus secara elok. 


I bukan nya emosi pasal durang putus tunang ni. Tapi bila baca paper, baca blog, baca forum cerita korang berdua je asik keluar naik menyampah pulak. Masing-masing nak memang kan diri sendiri. Habis sapa yang salah kalau dua-dua nak betul!  U'olls tu public figure, tak perlu la nak mengadu pada media.  www.tips-fb.com

3 comments:

  1. setuju dgn u... Men are from Mars, Women are from Venus~~~~

    ReplyDelete
  2. @kisah aku

    hari-hari pun ada cerita kat paper pasal durang ni.
    sesi balas membalas kan..=_='

    ReplyDelete
  3. btlx3....
    msg2 nk tegakkan benang yg basah....
    kenapa tyme bercinta sampai bertunang boleh jer cakap baek2..
    tp, bila dh jadi cm ney semua nk lari dari masalah...
    Baek Elia ataupun Apex, sbnrnya diaorg tu cuma nk jadi sebahagian kehidupan artis yg femes...

    ReplyDelete

Ratings and Recommendations by outbrain