fb Twitter

Monday, August 29

Berbuka di Red Wok, Bangi

Ini tempat terakhir berbuka bersama rakan-rakan sejawatan sebelum semua nya meninggalkan tanggungjawap di Office untuk cuti paling kurang pun seminggu. Company saya tu memang sangat bermurah hati dan suruh semua staff untuk ambil cuti seminggu. Haa…kau ada? Sebenarnya ada agenda lain yang tersirat :)

 

Disebabkan masing-masing akan bercuti riang selama seminggu, kami mengambil kesempatan untuk berbuka beramai-ramai di Red Wok yang terletak di Bangi. I baru first time dengar tempat ni masa nak pergi berbuka tempoh hari. Walaupun agak jauh dari office, tapi sanggup ku redah untuk melakukan aktiviti sosial. Selalu sangat berbuka kat rumah, apa salahnya makan kat luar pulak. Tak ada la orang nak tag I macam katak di bawah tempurung.

 

Di sebabkan gerak dari office pun agak lambat, pukul 5 baru nak panas engin, mendapat la pukul 7 baru sampai sana. Time tu pula memang kiri kanan depan belakang semua jem. Sampai dah tak ada ruang sikit pun untuk menyelit-nyelit. Tapi nasib baik I dah order dari awal lagi lauk untuk berbuka. Sampai sana ni yang dah terhidang atas meja..

 

DSC_0349 Ni baru separuh dari apa yang I order. Bila semua lauk dah sampai..memang penuh dari hujung meja sini ke hujjng meja sinun..

 

Makanan yang ada banyak ialah dari chinese cuisine aternya ini restorant Chinese Muslim kan.

 

Redwok

Ni yang paling menarik perhatian gwe. Bangkok Tom Yam Soup with Milk. awesome! Kuah memang pekat betul la.

 

Redwok1 Yam Basket with Kung Poh Chicken

 

Redwok2 Siakap steam with Lime sauce.

 

 Redwok4 Sizzling Tau Foo

 

Redwok5 Siakap Sweet Sour

 

Redwok6

Ikan mintak budget dalam RM40. Tapi yang di bagi ni besar betul.

 

Redwok7 Butter prawn

 

Redwok14

Baby kailan with garlic

 

Redwok15

Salt and paper Crispy chicken

 

Redwok16

Fish fillet with mayonnaise

 

Redwok8 Lauk sudah memenuhi meja. Masing-masing menahan kelaparan paling maksima. Tah berapa kali telan liur sebab semua nampak sedap atas meja.

 

Redwok9  Redwok11 lai..lai..lai..semua single ni..heheheh

 

Pasan tak semua lauk yang di order semua nya lain-lain. Masing-masing rotate lauk. Bersimpang siur tangan pass lauk. Weh, bak ikan tu. Nak ayam tu pula. Pass aku udang tu. 

 

Kedai ni paling besar kat situ and ada 2 jenis pilihan. Kalau yang boleh makan tak reti nak berhenti tu, boleh pilih untuk steamboat atau pun ala carte macam yang kitorang pilih tu.

 

Nanti I nak try steamboat kat sini pula. Food wise semua yang kita order tu memang sangat sedap and cukup rasa, cukup garam, cukup paper, semua nya perfect la. Menu pula ada pelbagai jenis lauk-pauk yang tak pernah dengar pun ada. Sebab tu la kitorang order lauk yang berlainan sebab nak merasa semua lauk yang ada kat sini. Dan ternyata memang tak mengecewakan. Bila dah try sekali kat sini, mesti nak datang lagi.

 

Red Wok Restaurant Sdn Bhd
Lot PT 70550, Jalan Kajang Impian 1/2
Taman Kajang Impian
43650 Bandar Baru Bangi

 

For menu, boleh pergi SINI

 

Sampai sini dulu. Tata.. Cepat-cepat nak tamat kan entry ni sebab jadi lapa tengok gambar.

www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain