fb Twitter

Thursday, August 18

Bayar Zakat online atau SMS

Assalammualaikum w.b.t

   

Hari ini baru saja saya selesai menunaikan zakat Fitrah. Untuk tahun ini, zakat Fitrah dikenakan sebanyak RM7 untuk kawasan Selangor.

   

Jangan tak tahu yang zakat sekarang pun boleh bayar secara online atau pun SMS. *Thanks for the tips cik Suria*

   

Untuk bayar secara online, boleh pergi ker www.e-zakat.com.my .

   

1. Pergi ke website www.e-zakat.com.my

ezakat

     

2. Kemudian click e-zakat pay di sebelah bahagian kanan tu

ezakat2

     

3. Isi kan data ke dalam borang yang  di sediakan. Setiap yang bertanda (*) harus la diisi. Untuk jenis pembayaran pula pilih untuk Zakat Fitrah dan pembayaran secara online, dikenakan minimum sebanyak 2 kupon sekali transaksi. Jadi, untuk bil kopun, masuk kan bilangan yang hendak dibayar. Kemudian klik button ‘Bayar Sekarang.

     

ezakat3

     

4. Confirmation akan ditunjukkan beserta jumlah pembayaran zakat. Jika setuju, klik ‘YA’

ezakat4  

     

5. Seterusnya akan ke FPX e-payment channel. Kat sini boleh lah pilih bank yang digunakan untuk tujuan transaksi. Lakukan pembayaran seperti biasa and you’re done!. Pantas dan mudah kan.

ezakat5 

         

Another option is boleh bayar melalui SMS. Perkhidmatan ini hanya dibuka untuk pengguna talian Maxis dan juga Celcom. Tak kira la sama ada pra bayar atau pun pasca bayar. Semua boleh guna.

   

ezakat6

   

Untuk pengguna celcom, taip FITRAH SELANGOR dan hantar ke 21999.

   

Manakala pengguna maxis, taip FITRAH SELANGOR dan hantar ke 22032.

     

Sebelum pemotongan dilakukan, akan diberikan niat untuk zakat fitrah dulu.

 

Akhir kata, selamat menunaikan ibadat puasa dan jangan pula bayar zakat last-last minit. Sekarang ni segala nya dah mudah! Boleh la bayar awal-awal. 

www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain