fb Twitter

Tuesday, August 16

Ayam Golek Nara

Watsupppp…!

  

I nak cerita pasal makanan lagi la.. Bulan puasa ni asik nak cerita pasal makan je kan. Rasanya time puasa ni mesti mengidam nak makan macam-macam kan. Ada yang mengidam ayam golek tak?

  

Kebanyakkan ayam golek yang ada jual dekat bazaar Ramadhan harga lebih kurang RM16-RM18 sekor kan. Tapi petang tadi I beli ayam golek harga RM20! *erkk…tersedak tengok harganya*. Kenapa la semua harga makin mahal ni. Tadi I beli ulam dan sambal belacan dekan Bazaar Kelana Jaya RM4 kau! ULAM saja tau! Tak ada nasi. Tak ada lauk. Semata-mata ULAM. Pulak tu sikit sangat I ambil. Sekali makan je boleh habis. I ambil 3 keping kecil petai..kira-kira dalam 9 biji di caj RM1. Mencekik betul..ape special nya ulam ko tu kak! Rasa sama je macam kat kedai lain.

  

Enuff dengan luahan perasan. I sebenarnya nak cerita pasal ayam golek Nara yang terletak kat Pantai Dalam. I rasa ni la ayam golek yang paling sedap I pernah rasa setakat ni walaupun harga nya mahal..terpaksa tutup sebelah mata la kan nak membayau nye. Ayam golek ni boleh dikatakan amat famous. Member-member office pun suka makan kat sini.

  

160820113085

Ayam yang tengah bersidai beramai-ramai

  

  

Lepas balik kerja tadi terus singgah sini sebab teringin nak makan ayam golek ni. Sekali sampai terkejut tengok sampai keluar beratur. Ni awal lagi. Kalau dalam pukul 5 or 6 mesti lagi panjang beratur nanti.

  

160820113088

Semua ni tengah beratur nak beli ayam golek la ni

  

Lagi satu yang I nampak kan, bila durang dapat je seplastik ayam golek, semua pulang dengan senyum simpul. Wah..muka cam puas hati je dapat berbuka nanti dengan ayam golek ni. Btw, kat sini kena beli sekor terus tau! Dia tak jual separuh mahupun quater pounder.

  

Kalau nak makan kat kedai ni pun boleh. I paling suka tomyam campur dia. Meriah. Ketam, lala, udang, ayam. Semua complete *drooling* .

  

Kat mana lagi ada jual ayam golek yang sedap? Moh la kita share sama-sama!

      

 

www.tips-fb.com

5 comments:

  1. oh tak pernah try pun. macam sedap jer Ayam Golek Nara ni... hehehe

    latest : Iftar @ Kuala Perlis (part 2)

    ReplyDelete
  2. Harga makanan skrg ni mmg melantun-lantun. Baru 2 hari lepas beli petai 4 papan RM5. Kalau tapau nasik pun dah rm1.50 Tambah ayam seketul kena tambah lg rm3. kalau ayam tu besar ok gak. mcm anak ayam tak cukup umur je

    ReplyDelete
  3. @hyde..sedap..try la nanti :)

    @norashikin
    ye la..semua berlumba-lumba nak untung je lebih.
    kuih pun dah mahal dah sekarang..rasa tak de la sedap sangat pun. kecil pulak tuh

    ReplyDelete
  4. Salam. Dulu sya duduk pantai Dalam. Ayam golek sini memang sedap dan meletop. Kira2 3-4 thn lps harga ayam sekitar rm13-14 jer. Skrg dah naik rege. Takpe2, asalkan sedap. Cuma gerai tomyam kat sebelah tu sebenarnya xde la sedap mana. kecewa sikit rasanya(citarasa sya la).

    ReplyDelete
  5. dulu harga memang murah betul kan

    ReplyDelete

Ratings and Recommendations by outbrain