fb Twitter

Friday, July 29

Journey to Kuching, Sarawak

As promised, I nak share about my trip to Kuching. That is my first time menjejak kan kaki kat bandar meow meow. Kami pergi bertiga je termasuk my mum and sis. Seminggu sebelum keberangkatan, baru terkial-kial cari hotel and kereta sewa. Luckily I dapat kereta kancil yang sangat murah which is RM50 saja sehari. Harga kancil kat sana biasa nya arounf RM70-RM80 tau! The reason I choose kereta sewa sebab memudahkan untuk berjalan and tiba-tiba penat boleh la balik hotel rest dulu kan. Lagi pun kami bertiga je..rugi pula rasa kalau pakai tourist guide or driver.

Berjalan sendiri ni ofkos lebih seronok sebab tak terikat and bebas nak buat aktiviti apa-apa pun. Tapi make sure tau arah tuju and GPS tak tinggal. Btw, thanks to forum cari sebab kat sini la I dapat banyak tips and tempat-tempat yang patut pergi. The day before, my sis ajak pergi Digital Mall sebab nak cari GPS. Dalam my handphone sendiri ada Garmin tapi takut map tak keluar pulak bila sampai sana. Satu keje plak kan nak belek maps dalam kereta nanti. In fact, semenjak dua menjak ni, banyak problem dengan my installed Garmin. Sakit hati pakai pun ada. So better la cari GPS yang betul-betul reliable kan.

Habis satu Digital Mall tu pusing, we decided untuk beli Papago. Banyak juga map yang dah install dalam ni with affordable price. Nanti I buat entry untuk Papago ni ye.

Melalut ke lain plak..ok..sambung..sambung..

My flight suppose pukul 9.45am. Tapi macam biasa la kan Airasia kalau tak delay tak sah. Dalam pukul 10.20am baru berlepas dari Airport LCCT. Perjalanan mengambil masa sejam 40 minit. Pukul 12 tgh hari dah sampai Kuching and kereta sewa pun dah sedia menunggu di sana.

kuching



kuching01 Blink-blink my handphone :)


Bila dah settlekan hal kereta, terus cari hotel uNtuk check in dulu.

gps  Bandar kuching boleh tahan jem jugak. Tapi tak seteruk KL.


We check in dekat Brookes Terrace di Jalan Abell. Tapi I so disappointed with this guesthouse. Bilik langsung tak sama seperti yang di gembar gemburkan dalam Website. Indah kabar dari rupa. Masa check in I boleh tahan lagi. Tapi bila malam je, menyirap darah gwe sebab terlampau bising. Dah la penat berjalan di siang hari. Bilik yang durang kasi pulak tu memang betul-betul mengadap main road. Langsung tak boleh tidur malam tuh. Dah la yang jaga kaunter tu tak mesra alam. I wouldn’t recommend to stay here. So don’t waste your money here. Bila keesokkan hari nya I mintak pindah bilik, dia tunjukkan bilik yang lebih kurang sama tapi windowless. Aku complain bising terus kau kasi bilik tak ada tingkap kan. Lagi menyedihkan, bilik kedua yang ditunjukkan pun memang tak sama dengan website


brookesterrace
Sakit hati betul. Gambar bilik pun malas nak amik

Cepat-cepat check out and better find another place yang lebih selesa. Lagi pun kat kuching tu memang banyak hotel. Tak susah pun nak cari. 



kuching02 Around jalan Abell. Memang banyak shop lots kat sini.

Nak makan senank kat sini. Ada KFC, Pizza. Jalan depan sikit ada shopping mall.

After check in, terus pergi lunch. Jalan 4 –5 tapak dari guesthouse tu je dah ada kedai makan. Kami makan dekat RJ Ayam bakar sebab tengok ramai jugak orang kat sini. Mesti sedap.


RJayampenyet01

RJ Ayam bakar



RJayampenyet Teh c Special. Paling sedap.


 RJayampenyet02 Set Ayam bakar

RJayampenyet03 This is what I ate. Ada ke one of my friend cakap ikan tu kena bakar dengan petrol tu yang jadi legam cam tuh. Tapi kurang enak la sebab ikan tu keras.

Lepas perut dah berisi, nak berjalan baru la best sikit. We took our car trus pergi Waterfront dengan eksited nya. Jalan dekat Kuching ni kecil je and banyak ‘one way’. Mula-mula jalan tu agak pening gak la walaupun ada GPS. Lagi satu parking dekat Waterfront ni tak banyak. Kalau pergi weekend lagi la susah nak dapat parking.
 kuching04 Dia yang lebih eksited. Padahal dah sampai 2 kali dah sampai Kuching ni

waterfront01
mum and sis

waterfront02
Kuching map in the middle of waterfront

   waterfront03 

waterfront04 Jom pergi main bazaar pulak.

Main bazaar ni salah satu attraction yang patut pergi kalau dah sampai Kuching tu. Kira travel korang tak kan complete lah kalau tak singgah sini. Kebanyakkan building kat situ dah kelihatan lama. But don’t judge a book by its cover. Wait until you come closer. Baru tau kedai kat situ dalam nya semua lawa-lawa. I pun mula-mula takut juga nak pergi sana. Tapi my adik paksa jugak pergi.



waterfront05 see..elok je kedai dalam ni.

Kat main bazaar ni banyak jual souvenir untuk di bawak pulang. Banyak juga kraftangan dari sarawak yang boleh beli untuk di jadikan kenangan.


waterfront06 Accessories and mutiara.

waterfront07

waterfront08

waterfront13 Bag rotan

After a few hours menghabiskan masa dekat Waterfront, kami singgah dekat Muzium dekat Padang Merdeka. Tapi muzium semua dah tutup. So kalau nak masuk kene la datang sebelum jam 4.30 petang. Hari yang kedua baru kitorang datang awal sikit sebab nak juga masuk dalam ni.


Muziumkuching

Muziumkuching01 Nak juga gambar kat tiang ni

Muziumkuching02
Muziumkuching03 Muzium Etnology

Muziumkuching04
Muzium ni banyak menceritakan tentang Sarawak dari pelbagai aspek. Seperti sejarah petroleum, binatang di Sarawak, kaum-kaum yang terdapat di Sarawak dan banyak lagi. Tak rugi masuk.


Muziumkuching05

Muziumkuching10

Muziumkuching06

Muziumkuching07

Muziumkuching08
Muziumkuching09

Muziumkuching11 Muzium rama-rama

Muziumkuching12 Sebelum balik wajib bergambar dulu ;)


Lepas penat berjalan, kita singgah dinner dulu. Kami makan dekat area Masjid Tanah sebab senang nak solat nanti.

sarawaklaksa My dinner for that day. Cepat cakap sedap!..Indeed..memang sedap pun… *slurrppp*

sarawaklaksa01


Malam tu jalan lagi di Waterfront sebab. Night view memang lagi lawa dari day view.
 waterfront09 Seberang sungai tu kampung Gersik. Boleh beli kek lapis yang sedap-sedap kat sana.


waterfront10
waterfront11 Naik boat untuk pergi ke seberang. Hanya 50 sen je sehala.


waterfront12 Dah sampai seberang. Lawa nya waterfront kat sanaaaa


Kat seberang Waterfront tu ada food court and banyak kedai kek lapis. Ada yang cakap Kek lapis Dayang Salhah sedap. Tapi for me Mira kek lapis memang the best sebab ada rasa moist and tak kering. I ada juga rasa kek lapis dayang salhah, tapi for me terlalu kering and keras. I memang beli banyak kek lapis kat Mira ni.

kampunggersik
Afifi Kek Lapis. Kedai pertama yang jumpa dulu. I dunno the taste sebab tak merasa pun.


dayangsalhah Dayang Salhah. Kedai paling ramai orang. Tapi tekak I memang tak boleh masuk la

kampunggersik01
My favorite. Mira kek lapis. Rambang mata okeh nak pilih


We end our night dengan ambil gambar dekat tugu kucing nih. Tempat wajib bergambar kata nya.

kuching06   






























































End of day 1. Nanti I sambung cerita lagi k ..muahhxx..
www.tips-fb.com

4 comments:

  1. bro ada tak kerata sewa kuching punya contact?
    terima kasih byk bantuan anda

    ReplyDelete
  2. bro ada tak kerata sewa kuching punya contact?
    terima kasih byk bantuan anda

    ReplyDelete
  3. bro ada tak kerata sewa kuching punya contact?
    terima kasih byk bantuan anda

    ReplyDelete
  4. kereta sewa contact no . 0148798015-wilbert

    ReplyDelete

Ratings and Recommendations by outbrain