fb Twitter

Monday, June 20

Taman Pertanian Malaysia Bukit Cerakah Shah Alam

 

I know right! Im very outdated because baru sampai Bukit Cerakah (my GPS detected as Taman Pertanian Shah Alam) ni. Walaupun sebelum ni bertahun-tahun duduk dekat Shah Alam tapi tak pernah pun sampai sini.

 

Ehh..u kan study kat uitm dulu. Tak kan tak pernah sampai sini?

 

Takkkk..dulu tak sampai lagi seru untuk jejak kaki kat sini.

 

Mungkin sekarang dah sampai seru agaknya untuk pergi Bukit Cerakah ni setelah berabad lamanya. Awal-awal pagi lagi (pukul 7 tu kira awal la kan) dah bangun untuk elak panas terik nanti. Tapi I rasa pergi on Saturday morning bukan la idea yang bagus. Sebab nya ramaaaaiiiiii sangat umat manusia. Tu belum campur rombongan sekolah dan kak kiah lagi. Sampai sana dalam pukul 8 pagi. Tapi kussss semangat…orang dah ramai berkampung dah kat sini.

 

bukit cerakah

Nak beli tiket pun kene beratur. Kebanyakkan yang datang sini dengan family. Tiket for adult is RM3. Kanak-kanak RM1 saja. Auntie pakai baju merah suar hitam tu very the seksis la…

 

 

bukit cerakah Opening hours from 8.30am – 5.00 pm. Better datang awal. Later I let u know why kene datang awal.

 

 

bukit cerakah

Buat sementara ni rumah 4 musim ditutup. Sampai 4 buan koo tutup..Agak sedih jugak. Baru nak feeling2 dekat korea dalam tu. T_T

 

 

bukit cerakah

Lepas masuk dalam pakcik ni pulak nak mentekedarah. Me dalam kereta dah bfast roti dah.

 

 

bukit cerakah

Durang ni ada treasure hunt agaknya. Asik lari sana sini je. Haa…nk tunjuk the lonnnnngggg queue tu..nampak tak?? Tak nampak ker?

 

bukit cerakah

 

Nampak tak ni the long queue….Ni Queue untuk sewa basikal. Baru pukul 8 lebih tapi beratur sampai dah nak cecah pintu masuk . I tengok queue yang panjang ni terus tinggalkan pakcik tu makan and q sorang2.

 

 

bukit cerakah

Ni baru beranjak suku je. Longgggg way to go. Dah setengah jam juga la tunggu ni.Pulak tu seorang yang beratur biasanya sewa sampai 5-6 basikal sekali. uurrgghhhh.. Tapi disebabkan nak keluarkan peluh, sanggup beratur berjam untuk sewa basikal ni.

 

Actually there’s 2 option kalau nak bersiar-siar dalam ni. Sama ada sewa basikal or boleh naik bas yang durang dah sediakan. Taman ni teramat la besar ya amat! Pusing sehari pun tak kan habis nya. 1290 hektar ha kauu..! 

 

 

bukit cerakah

Setelah sejam beratur. Akhir nya sampai juga turn kami. Tapi…tapi…basikal dah habis T_____T . Takpaksa la letak nama dalam waiting list and ada 5 lagi nama atas nama kitrg *sigh*. Kene tunggu lagi la gamaknya. Eh..eh..those yang ada beskal sendiri boleh je bawak masuk dalam ni tau.

 

 

Setelah 2 jam ..2 JAM tau! Jam pun dah nak dekat pukul 11. Baru la dapat basikal yang di nanti2 kan. Happy teramat..macam baru dapat duit sekepok plak.

 

bukit cerakah

 

bukit cerakah

 

bukit cerakah

 

bukit cerakah

 

Seronok juga main basikal dalam ni. Sebab jalan yang berbukit and banyak selekoh yang bahaya. Lagi tajam selekoh tu lagi laju aku kayuh. Tapi yang den tak gemor time nak naik bukit. Bukit kalau sikit2 takpe. Ni kalau jalan kaki memang sampai tertonggek la berjalan. Last2 bukan nya I kayuh basikal tuh. Lebih rela turun jalan kaki bawak beskal.

 

Semput dehhh…

 

 

bukit cerakah

Map untuk seluruh taman ni. Besar tak besar kan. Tapi bab2 baca map ni..kita serahkan kat incik aie.

 

I follow ur back je la. Sambil tu boleh cuci mata sekali..opssss

bukit cerakah

Landak melintas! hahah..comel je

 

 

 

bukit cerakah

Kiri kanan penuh dengan pokok. Segar je rasa. Saya telah ditinggal kan kat belakang. Tenggok tu..sebatu dah kat depan. Im the one yang pegang camera. Pit stop nya memang banyak la. Mana nak capture gambar lagi. Nak menghayati keindahan alam lagi *skema*

 

bukit cerakah

Monyet plak melintas dihadapan.

 

 

bukit cerakah

Sampai dekat kawasan skytrex. Yang ni pun teringan gak nak naik. I memang suka buat aktivi adventure macam ni. Tapi maybe next time je la. Sebab nak kasi pusing habis dulu dalam taman ni.

 

 

bukit cerakah

Ader bran? Berapa meter tinggi ni eh?

 

 

               bukit cerakah  Terowong casablanca. wtf

 

 

bukit cerakahTangga ni I tatau menuju ke mana. Menara tinjau agak nya. Ni pun next time kita pergi yer.

 

 

bukit cerakah Jalan mati kat depan. Tapi banyak betul monyet yang gebu-gebu kat sini. Kalau kene kejar memang aku pecut la dulu.

 

 

bukit cerakah

Sampai kat taman kaktus. Time ni matahari dah mencanak atas kepala dah. Kata nya dah pukul 12 dah. Terlupa pula tu nak pakai sunblock. Tona kulit pun 2 kali ganda gelapnya lepas balik berjemur dekat sini.

 

 

bukit cerakahMacam-macam jenis pokok kaktus kat sini.

 

  bukit cerakah

 

 bukit cerakah Baru jalan 5-6 langkah terus patah balik naik beskal. Panas amat. Pokok pun renek-renek je kat sini 

 

Bukit Cerakah

 

 bukit cerakahDi taman haiwan. Tapi sekadar lalu je. Tak berhenti pun.

 

 

bukit cerakah Rumah kebudayaan

 

bukit cerakah

Last stop dekat kolam ikan ni. Besar2 ikan kat sini. Mana tak nya..asik bagi makan je.

 

 

 

Hari yang menyihatkan dan balik dengan kaki dan bon2 yang sakit. Sampai umah terus berhibernasi sampai esok pagi.

www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain