fb Twitter

Friday, May 6

DWJ Hotel

6th May, 2011

I kalau berjalan suka duduk dekat Boutique Hotel. Biasanya, butik hotel ni mementingkan design dan keselesaan dengan saiz hotel yang kecil dan harga nya amat murah berbanding hotel yang lain. Tak ada swimming pool pun tak pe..bukan nya reti nak berenang pun.

 

Last month masa pergi Perak, we stayed at DWJ Hotel. DWJ stand for ‘Datuk Wira Jamaluddin’, the owner of this hotel. Kebetulan hotel ni dekat dengan Kolej adik and kami pun malas nak pusing-pusing cari Hotel lain lagi. Walaupun saiz hotel ni kecil, tapi sangat selesa tau duduk dekat sini. This hotel baru launched last year. Harga pula antara RM 88 sehingga RM168. Murah kan..kan.. Walaupun murah, tapi kualiti hotel ni macam serupa itu hotel 3 bintang punya! Puas hati la I duduk sini.

Kalau dekat KL, mana nak dapat harga dan kualiti macam ni kan.

DSC_6713Bahagian luar hotel

 

DSC_6695Bahagian entrance. Masuk-masuk je I sangant impressed dengan interior design dekat bahagian depan ni.

 

DSC_6701Yang unik nya hotel nih, nampak tak frame kat dinding tuh, dapat jugak kita ingat balik lagendary icons yang terdahulu.

 

DSC_6696Reception area

 

DSC_6699Waiting area

 

DSC_6671 This is our room. Share bed with my 2 other sister. Nasib baik la semua kecik-kecik. Tak terasa sempit pun. Haa..nampak tak camera tuh..I did mentioned it from my previous entry. Tu actually camera my sis lor not mine.

LCD TV on the wall tapi yang kurang enak nya sebab tak ada Astro T__T. Please..please..tambah Astro boleh? Nasib baik ada laptop, layan lagi cerita Korea sampai larut malam.

 

DSC_6656

opss…ader dugong plak atas katil nih. Actually nak tunjuk saiz bilik nih. Tapi tak mampu pulak nak tunjuk semua sebab bilik nih kecil je. Bila dapat masuk bilik je terus on Wifi. Internet sini free dengan kapsiti kelajuan yang mengagumkan. Layan youtube pun tak buffer langsung. Caya la!

 

 DSC_6687Dalam bilik tu,  I like this section the most. Ada background and history about one of the legendary icon. Selama ni tak pernah kenal pun sapa Hafez Al-Assad ni. Korang tau ker?

 

DSC_6660 Ini aktiviti wajib!.heheh

    

DSC_6714Nak makan pun senang je sebab kat sebelah hotel ni ada Restoran nasi ayam.

 

  DSC_6705 Jom..nak tengok tak apa yang guests tulis dalam visitor book ni..

 

DSC_6708 Indeed. I agreed! Dan pekerja dekat sini pun sangat ramah.

 

DSC_6709

 

Bila-bila masa I datang Perak, hotel lain tak cari dah. Nak cari hotel ni dulu >_<

Kalau nak tengok keadaan bilik yang sebenar, boleh pergi dekat offical website dekat sini

This is the address:

DWJ Hotel

No C-G-1,C-1-1,C-2-1,

Jalan Dato' Seri Ahmad Said,

Greentown Suria,

30450 Ipoh,

Perak

 

 

 

 

 

www.tips-fb.com

1 comment:

  1. What a great comment. Thank you for staying with us. Hope to see you again.

    ReplyDelete

Ratings and Recommendations by outbrain