fb Twitter

Thursday, April 7

Dalacin T

7th April, 2011

Hi…rindu tak? rindu tak? (ada ke orang nak rindu ni).  Rasa dah lama tak update blog nih. OK. I nak cerita pasal Dalacin T which is antibiotik untuk jerawat. Mesti dah naik bosan kan pompuan ni asik nak cerita pasal product muka je. But this product sangat elok tau untuk mengering kan jerawat. Betul ni. Tak tipu!. Lelaki pompuan boleh pakai. And some more, hanya boleh dapat melalui Pharmacist je. So ini adalah barangan terkawal. Tak boleh di jual sesuka hati je. Bau pun memang bau ubat.

Setakat ni, I rasa Dalacin T la yang paling berkesan untuk mengempiskan jerawat dekat muka I yang dah makin kertu ni. Semua orang pun memang benci jerawat. Biasanya I boleh jadi meroyan bila nampak jerawat naik mencanak-canak dekat muka. Especially time tengah datang ttuuuutttt… Mula la guna macam-macam cara nak hilangkan jerawat. Tepek dengan colgate la, pakai anti blemish punya cream yang harga agak mahal. Sedihnya, semua tu tak berkesan.

Tapi, sejak guna kan Dalacin T ni, sekejapan je jerawat kering. Kadang-kadang jerawat naik hari ni, tonyoh Dalacin T time malam and esok nya bangun pagi tak nampak dah gunung berapi tu. *mata bersinar-sinar*

DalacinT

Botol dia kecil je dan hanya 30 ml. Tapi setelah 5 bulan pakai still ada lagi. Harga pun murah dalam RM 30++ (tak ingat the exact price). Jimat dan murah kan. Cara nak pakai ni kena basuh muka dulu dengan pencuci muka (apa-apa pencuci muka yang memang korang pakai sekarang) dan kemudian terus tonyoh Dalancin T dekat bahagian jerawat saja. Tonyoh light2 je tau. Lepas tu jangan letak apa-apa dah sebab nak bagi lebih mujarap dan mustajap. 

My friend cakap pakai ni pun boleh memudar kan parut jerawat dengan pemakaian hari-hari. Dia pernah try and memang parut jerawat dia hilang. So, boleh la try.

 

DalacinT-2 

Worth every penny. Lepas ni tak payah dah beli product yang mahal-mahal tuh. Boleh la simpan duit utuk shopping >_<

 

 

 

 

www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain