fb Twitter

Wednesday, February 16

Tukar Tayar

Selama 5 tahun pakai Danny, baru sekarang terhegeh-hegek nak tukar tayar (sila jgn contohi). Sangat kesian..sebab tayar dah botak teruk dan keras kematu je. Rasa macam naik lori bila drive. Aku selalu amik ringan pasal tayar sebab fikirkan tak jalan jauh. Kalau takat umah-office-umah baru 7KM je sehari. Total milage pn baru 65000KM. Tu pun setahun 2-3 kali je jalan jauh sikit.

 

Michelin

 

Dah puas survey harga tayar dekat 6-7 kedai area Kota Damansara, lastly decide tukar kat kedai ni. Dapat RM175 untuk satu tayar jenis Michelin. Gwe tuka 4 tayar terus. Dapat free alignment and balancing.

 

Pakai tayar standard je nih sebab tak tukar rim pun

 

 

Size: 175/65/R14 . Huraian untuk nombor-nombor ni

175mm = saiz lebar tayar

65% = saiz ketebalan tayar

14inci= saiz rim

 

Apa yang aku tau, Sime tayar, Silverstone, Maxxis kualiti tak berapa elok sebab baru pakai beberapa bulan, tayar akan cepat bengkak. Sebab tu la aku choose Michelin.

 

Sebelum tukar, kene tengok jugak rangkaian nombor yang ada dekat tayar untuk pastikan tarikh dikilang (minggu dan tahun). Biasanya, tayar boleh boleh tahan lepas 2 tahun dikilangkan.

 

130220111774Ni lah tayar pilihan

 

Sedikit panduan, berhati-hati lah bila nak tukar tayar takut kene tipu dengan tokey kedai especially perempuan. Mentang-mentang perempuan, korang amik kesempatan kan..haipp!!  Panjang akal je durang nak tpu nanti. Pergi la dengan kawan atau husband masa nak tukar tuh.

 

130220111782

 

Kedudukan tayar pun kene selalu tukar setiap 3 bulan atau setiap 10,000KM dengan tukarkan tayar kanan depan tukar ke kiri belakang dan tayar kiri depan tukarkan ke kanan belakang. Masa nak service kereta tu boleh mintak tukarkan kedudukan terus. Tujuan nya kerana tayar depan selalu cepat haus berbanding tayar belakang. Ini dapat memastikan keselamatan semasa drive.

 

Kena selalu juga check keadaan bunga atas tayar. Kalau bunga dibahagian kiri dan kanan lebih cepat haus berbanding tengah, ini bermakna tekanan angin kurang dari yang sepatutnya. Namun, sekiranya bunga dibahagian tengah lagi cepat haus berbanding kiri dan kanan, bermakan tekanan angin tinggi.

 

I tukarkan juga chamber tayar depan sebelah kanan sebab dah makan dalam. Kena RM35 je. Ok..Nasib baik kedai ni tak tipu aku. Masa blogwalking arituh, ada baca org pernah kena tipu sampai RM100 untuk sebatang camber saja =_=”

 

Overall, aku suka kedai nih sebab staff kat sana tak amik kesempatan. Tak ada pun nak suruh tukar yang bukan-bukan. Bila aku suruh check je dia akan bgtau apa problem kat kete aku nih. So far dia kata kereta aku nih tak ada problem sangat. Wahh….pemandu berhemah jugak aku nih kan >_< (sebenarnya selalu bawak 70km/j je..hahha..siap la sapa naik kereta ngn I..dari 30 minit, boleh sampai 45 minit).

www.tips-fb.com

10 comments:

  1. Hi i wld lile to know the name n address of the shop. Pls email to yantiss@gmail.com. Tq

    ReplyDelete
  2. @Syamtriyanti

    this is the address

    Pusat Tayar & Service Kota Roda (KR) Sdn Bhd
    No51-G & 53-G
    Jalan Cecawi 6/33,
    Kota damansara, Sek 6,
    47810, Petaling Jaya , Sel

    ReplyDelete
  3. Tq iyrin.do u happen to hv the phone number?tq

    ReplyDelete
  4. @yanti

    Sorry dear..Don have the number. i kinda lost the receipt :(

    ReplyDelete
  5. Pun tgh nak carik bengkel tayar jugak nih...terima kasih atas info

    ReplyDelete
  6. Pun tgh nak carik bengkel tayar jugak nih...terima kasih atas info

    ReplyDelete
  7. Pun tgh nak carik bengkel tayar jugak nih...terima kasih atas info

    ReplyDelete
  8. Pun tgh nak carik bengkel tayar jugak nih...terima kasih atas info

    ReplyDelete
  9. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar.

    Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Website akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    Nak cari bateri dan package service kereta pun ada...

    ReplyDelete

Ratings and Recommendations by outbrain