fb Twitter

Wednesday, February 9

Seoul Garden

 

Lamaaa sangat perap cerita pasal Seoul Garden[Korean BBQ Steamboat] ni. Event dekat Seoul Garden One Utama ni masa gathering dengan member office lama which is my first job lepas grad. Masa time tu, tempat ni baru je lepas renovate. So sume peralatan still baru lagi.  Ramai jugak yang datang lebih kurang 7-8 meja. Dah lama betul tak jumpa durang nih. Dulu bujang, skang dah kawin. Dulu single, skang dah ader kekasih hati. Yang slim, skang memboyot. Cepat betul masa berlalu. Rindu plak masa zaman  muda remaja dan bergetah dlu..(mcm dah tua sgt plak kan).

 

Sebagai appertizer, kita mulakan dulu dengan sup tomyam nih..slurrp..slurp.. >_< .

 

seoulgarden03ok..ok..sila tahan diri..ni baru mukadimah je dulu nih. Nak lagi? Sila click more.

 

seoulgarden04

 

Banyak sangat pilihan kat sini. Udang, kerang, lala, ayam, kambing, daging, sotong, kepah, ais cream, bihun..fthhh. Terlampau banyak. Tak larat nak senaraikan satu-satu. Semua makanan kat sini memang halal. Kena try pergi kat sini dlu baru tau. Makanan kat sini tak akan abis nya. So tak payah la risau sebab durang memang akan sentiasa refill stok. Mentekedarah la sampai puas.

 

seoulgarden05Lalalalalalala….

 

Seoul Garden dah ada banyak branch dah sekarang. Ingat lagi 4 tahun lepas, first time makan dekat Plaza Pantai, itu antara branch yang terawal. Sekarang dah maju dah. Sampai ke Penang, Melaka dan JB dah ada. Siap ader customer service center dah skang..canggih tak canggih kan.

 

 seoulgarden06Ayam, kambing, daging ni semua dah di marinate. Ada macam-macam perisa. Black paper, coffe, curry..apa tah lagi..tak ingat dah.

 

seoulgarden07Pilih-pilih..ouhh.. perut berdangdung plak ni tgk makanan

 

seoulgarden08Curi-curi ambil gamba. Sebenarnya tak boleh nih..hehe >_<

 

seoulgarden09Masa untuk memasak pulak. Boleh pilih nak grill ke steamboat. I prefer grill..tapi jenuh nak tunggu ayam masak.

 

seoulgarden101 meja muat 4 org dan akan share satu tempat memasak nih. Masak sama-sama. Makan pun sama-sama jugak

 

seoulgarden11Nampak tak banyak udang dari yang lain..sebab I memang pelahap udang. Makanan lain tak nampak dah. Sanggup makan udang saja. Tak heran la makanan lain kalau udang dah depan mata.

 

seoulgarden01Berasap-asap..jimat tak payah pergi spa buat facial..Tapi kalau rajin sediakan la baju extra sebab lepas keluar dari restoran ni, mesti baju melekap berbau tengik hasil dari campuran bau dapur, bau asap, bau hangit pun ader kang.

 

Seoulgarden13 Tengok meja pun dah tau berapa banyak durang ni melantak kan.  =_=”

 

seoulgarden02           Kan..kan dah cakap. Memang dah lama nak mamps aku perap gamba nih..time ni rambut masih panjang mengerbang macam hantu kak limah dan masih berpinggang kerengga lagi nih..har har har (ok…tak lawak)

 

 

Ni harga paling latest

SeoulPricing

 

Definitely one of my favorite steamboat restaurant. Go and try it yourself :)

www.tips-fb.com

2 comments:

Ratings and Recommendations by outbrain