fb Twitter

Wednesday, February 23

Little Taiwan

Tak tahu macam mana tah boleh pergi makan kat kedai ni. Konon-konon nak try something different.  Tiba-tiba nak makan Taiwan cuisine pulak (buang tebiat). Memang menyesal tak sudah. Kalau dah tekak jawa, jawa jugak.  Biasa makan sambal belacan, ikan masin, tempoyak..bila try makanan ni, sampai sudah tak sanggup nak telan.

Littletaiwan1Tak ingat dah apa nama makanan nih. Tu la..tamak..nak amik yang mahal aje. Sekali tak habis.

LittletaiwanNampak je macam sedap siap letak api bagai kat bawah nun. Slurpp..slurpp…slurpp..ehh..kenapa rasa macam pelik je nih

Selepas hirupan ke 5 aku surrender. Sup dia terlalu pekat for me. Bila dah sejuk lagi la tak sedap. Masa api tengah membara panas tu, cepat-cepat la perabiskan.

Littletaiwan3  

Jangan salah sangka ye, makanan I yang dalam kuali kecik tu saja. Yang lain nih en naz yang punya. Kimchi nya tuh pun tak berapa sedap. Masam la. Tapi dua je yang I suka..sotong goreng tepung itu dan tembikai tu..sedap nya. Kalau berminat nak try, pergi la dekat Little Taiwan. Ala..yang Maria Tengku Sabri jadi duta tu. Yang I tau ada dekat Cineleisure, The Curve and OU.

www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain