fb Twitter

Wednesday, February 9

Cendol Leman Dawi

Kalau perut masih kenyang (hasil santapan kenduri kawen), perkena pulak cendol di panas terik.. confirm time drive balik nanti rasa seperti macam berada di awang-awangan sebab menahan ngantuk yang amat sangat. Tapi kalau dah critical sangat tu gilir-gilir la drive or berhenti je dekat mn2 stesen minyak or R&R untuk membuta. Bahaya drive sampai dah tak boleh nak bukak mata tuh.

Minggu lepas first time makan cendol dekat Uncle Leman Dawi di Rembau sebab ada wedding dekat sana. Rumah member pulak memang tak jauh dari kedai cendol tuh. Amik kesempatan nak merasa cendol pakcik nih yang memang fames dan selalu sangat keluar TV.

DSC_5341

Nasib baik kitrg sampai awal sikit. Orang makin ramai dan makin penuh bila kitrg nak balik.

Apa yang special sangat kat kedai cendol nih sampai femes gitu?

DSC_5335

Pakcik ni memang murah hati sebab dengan bayar sekali je tp dia bg customer makan sampai tak larat nak usung perut. Tambah la cendol berapa banyak pun nak tapi tak akan dikena kan sebarang caj. Harga cendol tak mahal pn..semangguk hanya RM1.50 je. Air pun bagi free sekali. Air barlie pulak tuh tak main la takat air kosong je..ape kelasss kan. Tapi aku suke tang owner nye sendiri. Kalau dah bukak mulut tu, sure tak boleh nak berhenti bercakap. Pasal sejarah dolu-dolu suma akan keluar. Siap la korang..larat ke nak melayan tuh? Tp aku respect la dekat memory pakcik nih. Memamg dia ingat sebijik-sebijik. Kalau tanye kat aku sejarah Temasik confirm aku melopong je (sambil garu kepala)..eh..kita belajar masa form berapa eh sejarah Temasik nih??

DSC_5334

Tapi menurut rasa tekak aku nih, cendol dia tak ada la sedap sangat. Biasa-biasa je. Sedap lagi cendol tepi jalan dekat petronas TTDI tuh. Jadi tak sedap sebab dia pakai ais ketul instead of pakai ais kepal. Dari kecik lagi kita tau, kalau cendol je mesti mamak akan pakai machine hijau dia kisar ais jadi ais kepal. Jadi nya, feeling-feeling cendol tuh dah lari jauh. Tak sempat nak makan sampai abis, perut dah bermual-mual muak nye..

Tekak lain-lain..org lain mungkin suka. Tp rasanya kalau lalu lg sni mmg aku tak singgah dah. Kalau singgah kan sebab nak teman kan org makan je la kot.

   DSC_5340  Omigod..kenapa nampak kerdil sangat nih? ouh..mungkin posisi camera yang salah *salah kan camera plak*

www.tips-fb.com

3 comments:

Ratings and Recommendations by outbrain