fb Twitter

Monday, January 24

Bandung Escapade – Day 3

Untuk hari yang ke-3, kami telah berpindah ke hotel yang terletak di jalan Wastukencana. Hotel Patradissa. Memandangkan kami memang tak berniat nak menggunakan supir, so menyewa hotel yang berhampiran adalah lebih memudahkan. Hotel nih pun walking distance je dengan Pasar Baru, Jalan Braga dan Jalan Riau. Jalan Braga ni tak ada FO. Hanya ada club untuk anak2 muda cucuk langit.



Sewa untuk hotel ini hanya Rp220K semalam. Mahal sedikit dari hotel Royal Dago. Hiasan dalaman nya menemangkan jiwa sebab bukak2 pintu bilik ader taman. Nak breakfast pn senang sebab sebelah bilik je.



bandung Gamba ni amek betul2 di hadapan bilik

bandung Malam2 duduk kat depan bilik memang best

Sebelum berpindah ke Hotel ni, kami sempat breakfast di Jalan Dago dan beli brownies di Amanda. Breakfast pagi pun makan bakso jugak sebab pekena bakso yang sedap mlm sebelumnya.



bandungBakso perut…tp knp perut tu itam2?…huk..huk


bandung  Mie Bakso ayam. Mie dia nak kata cam megi tak jugak..mcm mie kita pn tak jugak..tp memang sedap ya amat


bandung


Kemudian singgah kejap dekat Amanda sebab nak try brownies kt sini. Harga pun murah je.

bandung
bandung Mari masuk yok!


bandung Pelbagai kuih muih


bandung




Kami beli dua jenis ni je..cheese stick, pisang molen and brownies. Tp kekdah nye Borwnies tu tak makan pn..sbb terlampau banyak brownies jadi ku sedekah kan je kat org



bandung Cheese stick. Cepat nau muak nye. Gamaknye nye memang cheese kan


bandung Pisang molen…pun berunsurkan cheese dalam nye ader pisang… Makan 1 bun pn aku dah muak sangat..


bandungBrownies bakar. ekceli ader 2 jenis brownies iaitu bakar and kukus. Kalau beli bakar lama sikit boleh tahan. So aku decide beli la yang bakar nih kot2 tak boleh habis nanti.


Kemudian balik rehat kejap kat hotel patradissa..lega dapat baring kat katil.


Pukul 12tgh hari kami keluar semula untuk ke PASAR BARU! Kalau tak pergi kat sini memang tak complete la journey di Bandung nih. Pasar Baru ni is a center of shopping. Pelbagai jenis kain yang boleh di dapatkan dengan harga yang sangaaatt muraahh.. Lgi murah dari JAKEL, Gulatis, Kamdar dan ape tah lagi kedai kain yang bersepah kat KL nih. Bayangkan kain lace aku boleh dapat RM30 untuk sepasang. Kain kualiti pulak tuh. Kat sini paling murah pn dah beratus kan.




bandung Sebelum sampai ke pasar baru..macam2 durg jual kat tepi jalan nih. Main longgok sidai2 jer..


bandung Barbie pn ader


pasar baru
Yesss! sampai jugak Pasar Baru. Nak dijadikan cerita, aku boleh sesat sebelum nak sampai sini. 3-4 kali pusing jalan yang sama. Sib baik la ader mas betulkan motor. Dia la yang bg direction yang betul.


pasar baruSebelah PB ader jual pelbagai jenis jajan. Aku borong kat sini je untuk bawak balik..senang.tak payah pening2.

  pasar baru Tak beli pn kain kat sini. Just amek gamba je sebab kagum dengan lampu chandelier tuh.


pasar baru

Kedai ni la aku borong byk kain. Durg pn tak kedekut nak bagi kurang. Memang menambahkan lagi semangat untuk aku shopping sampai lebam. Kain batik kat atas tu kami borong berhelai-helai.

Satu tips untuk shopping kat pasar baru nih..korang cuba la mintak diskaun sampai separuh harga yang durg letak. Confirm boleh dapat. Semua kain yang aku beli memang aku mintak kurang sampai 50%..kalau tak aku ugut aku tak nak beli..kejam kan….gasak la..janji aku nak harga aku..


pasar baruMeh tgk kain lagi

Kemudian cari Kaftan dan korset dekat level 1. Panat ya amat dengan kedai yang bersimpang siur lagi dengan budak2 jual barang lagi…boleh bikin aku lemas gini..cepat2 cari barang dan borong jajan terus mencapet pulang ke hotel. Dari PB kami naik angkutan saja sbb bersepak angkutan kat depan PB tuh.


Pukul 6 kami keluar semula sebab rugi aje lepak bilik lame2..byk lagi tempat yang kene pergi.


bandung Lalu di hadapan masjid Agung Al-Ukhuwwah.

Jalan punya jalan tgk2 dah sampai dekat Jalan Riau..Punya la dekat amat.

jalan riauFO The Secret. The most expensive compare dgn FO yang lain. Bila malam, ader dibuka gerai dan anak2 muda suke lepak di sini.

jalan riau FO Oasis. Kat sebelah tu jual Perfume. Durg bancuh kat situ je..Bila ader customer order baru durang akan bancuh kan pati (perfume) + alkohol. Bau nya tahan lama jugak..


jalan riauBranded Club. Banyak baju lawa2 jugak sini

Dan untuk dinner, kami makan dekat FO BIP. Seberang jalan je antara Jalan Riau dengan Jalan Merdeka. Ayam Penyet dan Kambing Bakar kat food court dia memang terbaik.


bandungKnowing me, aku memang tak makan kambing…tapi bila sekali rasa kambing nih…aduhai…sedap tak terhingga..


Tamat sudah aktiviti kami untuk hari yang ke-3. Banyak lagi nak story cerita pasal Bandung nih.






Previous Entry:
Bandung – Day 2
Bandung – Day 1





www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain