fb Twitter

Saturday, January 15

Bandung Escapade– Day 1

Rindu sangat dekat Bandung. Seriusly, bandung memang salah satu tempat yang wajib pergi...Sebab cuaca yang selesa.. sejuk especially time malam dan pagi. Keenakan makanannya dan barang yaaa ampun….murah bangat!! Walaupun kadang2 ada sedikit rimas dengan keadaan sekeliling dengan jalan jem nya, peminta sedekah dan budak2 yang paksa beli barang dekat tepi2 jalan tp bila dapat makanan hati terus je sejuk..boleh??? LOLz

Tapi sebelum tu make sure bawak duit lebih tau!. Nanti geget jari je tgk barang yang menarik dan murah2 tuh tak dapat beli. Biar lebih jangan kurang! >_< Ouch..kalau duit da abis boleh je swipe sbb kebanyakkan FO memang terima CC. Kat Pasar Baru pn terima CC.


DSC_0020 
Gerak dari rumah sebelum subuh. Orang belum bangun lagi aku da gigil2 bgn mandi kat bilik air. Suspend jugak gerak awal pagi..sebab gelap semacam je dan kereta pn tak banyak. Tepat pukul 6pagi dah tercongok tunggu LRT then amek bus dr KLsentral untuk ke LCCT.

DSC_0040 
sorang pn tak de lagi kat LRT nih. tapi dah pukul 6. org KL ni bgn kul bp nak g keje?

Sepatutnya flight bertolak pukul 9.40 pagi. Tapi sebelum tarikh penerbangan, Airasia hantar email kene retime ke pukul 10.30 pagi.

Ok. takpe. aku saba.

Bila dah siap check in kat Airport, dapat announcement flight delay sampai pukul 1 t/hari.

Ok. aku saba lagi.

Tapi mula la da bosan pikir ape nak buat sampai 3 jam nih. Sume kedai makan yang ader kat situ aku da melantak dah. Kenyang sampai tak boleh nak bergerak lagi.

Bandung003
Time baru sampai ni. Belum check-in lagi.

DSC_0057
Delay sampai 5 jam ok!

Jam pula dah menghampiri pukul 1 t/hari. Dah excited tak sabar nak menghabiskan duit kat sana. Tapi sekali lagi dikecewakan sebab flight delay lagi sampai jam 3 PETANG!!!…adeehh…da naik kematu dah montot nih duduk. planning untuk shopping ptg nnt terpaksa di cancel awal2. Sebab sampai sana mesti da petang dan hotel kene cari dlu sebab berani mati tak book hotel dulu. konon2 nak lebih advanture kan.

Bila da sampai 5 JAM kat airport tuh..semua tempat aku da teroka. Hampir da hafal da ape yang ada di setiap penjuru.

DSC_0239 
Tepat pukul 3 ptg baru kene panggil. Ouh..sebelum tu, dapat la juga sorang satu McChiken yang diberikan oleh AA. Penerbangan selama 2 jam dan menjejak kan kaki di Aiport Bandung pukul 4.00ptg. Waktu kat sana kan lambat sejam. Amek masa lebih kurang 20 minit nak lepas kastam then terus cari taxi. Kene dalam Rp25K ke Jalan Dago. Kat sana menginap di Hotel Royal Dago 2. harga Rp180K untuk 1 malam. Watpe nak cari mahal-mahal takat untuk tdo jer. Masa memang dihabiskan untuk menyopping.


DSC_0317 

seberang Hotel ni pn Hotel Dago gak. Tapi lebih mahal. Jangan confuse yer. Kalau nak cari, make sure Hotel yang nih. Masing-masing dah kebulur bila sampai. Bila dah check-in dan letak barang dalam bilik, terus meluru keluar cari makanan. Makan kat tepi jalan je dekat simpang Dago. Jalan kaki 5 min je da sampai. Malas nak menapak lagi. Walaupn kat seberang jalan ader Mcd, tp teringin nak try makanan kat tepi2 jalan tu. Bru la berjalan nama nye. Tp risau jugak takut kene jangkitan cirit-birit. Tp alhamdulillah, perut saya masih sihat sampai ke hari ini…. >_<  *Nasihat saya, berhati-hati kalau nak makan kat tepi jalan ni. Kalau boleh elak kan la. Sebab takut nanti time nak shopping/jejalan tetiba kang asik nak memerut plak*


Bandung005 seram kan tgk tempat nih..leh wat bizzare food channel..hahha

Bandung006ader brani ker? Masa time makan ni, ader la 2 brother tu datang main kan music. Hulur la duit sikit kat durng nih. Kesian tgk durg nih

DSC_0255 Ayam penyek. Tapi sambal dia me kurang gemor la..tak rasa pedas pn. bila mintak tambah cili..durg tak paham pulak cili tuh ape..rupa2 nya kat sana cili dipanggil cabai *Kecewa*

DSC_0250ikan gurame bakar yang sedap smpi licin aku makan walaupn sambal tak sedap.

Lepas makan terus terjah FO dekat jalan Dago sebab datang sehelai sepinggan dari kl. Nak cari baju untuk malam tu dan keesokan harinya. Yang bestnya semua FO walking distance antara satu sama lain. Jom kita tgk FO yang ader dekat area Jalan dago. Time malam ni tak sempat nak pergi semua. Fo sane tutup awal dalam kul 9 mlm. Tak puas ati la..patut nye tutup la lewat sikit. Aku sempat rembat sehelai suar tdo je.

DSC_02591st FO- Level. Dalam ni byk jual branded stuff mcm MNG, Zara dan dll.

DSC_0262Bahagian lelaki. Byk gk jual jeans n jacket kat sini

DSC_0264 selipar pn ader


DSC_0268 Salah satu hotel yang ader dekat jalan Dago. Walking distance je. Hotel Patra Jasa

DSC_0274 Jetset. Aku dok gemar sangat baju2 dalam ni

DSC_0275sebab byk sangat baju laki gak

DSC_0280 Blossom – Baju comel2 dalam nih. Kat sini la aku rembat suar tido tu mlm tuh.

DSC_0287Lawa kan interior nye. Siap ada bunga matahari segabak lagi

DSC_0291 Glamour. Pn tak best gak

DSC_0292 Donatello. Byk jual kasut kulit dkt sini. But i was inform yg kasut kulit kat sini ader gak terselit kulit vavi. So be careful la k

DSC_0296 House of Shoes

DSC_0297 Gossip. Baju kat sini pn cute2..Baju baby pn ader jual

DSC_0300Harga boleh tahan mahal banding ngn FO yang lain

DSC_0305 Tak faham motif letak kertas byk2 kat lua nih. Nak bgtau customer ko ramai ker?

DSC_0308tak masuk pn sbb tinggal beberapa minit je FO nak tutup. Brg2 penting kene cari dlu.

DSC_0313Episode. tak de yang menarik pn

DSC_0314Depan Episode ader Van nih. Ingt nak try la pisang molen sbb org cakap sedap. Tp pulang dengan kekecewaan sbb dah abis.

Sampai je episode kedai semua da tutup. Ape lagi..mari kita melangkah pulang yok! esok kite sambung shopping lagi.. Kaki pn da sakit2 da time tuh.

will be continued for our 2nd day..


www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain