Thursday, December 16

Pigmentasi

Baru-baru nih aku perasaan pigmentation atau jeragat di muka ni makin lama makin teruk. Hyperpigmentation merupakan bintik-bintik hitam dimuka. Ia disebabkan oleh pengeluaran melanin yang banyak dari tubuh. Perubahan nya akan menyebabkan kulit bertukar gelap berbanding dangan warna kulit. Faktor-faktor yang menyebabkan hyperpigmentasi di sebabkan oleh dedahan kepada cahaya matahari, penggunaan bahan kimia pada kosmetik, dan kekurangan nutrisi dalam badan.

 

Penyebab yang utama kulit muka aku ader pigmentasi adalah disebabkan penggunaan bahan kimia pada kosmetik. Nak kata disebabkan pendedahan cahaya matahari tak jugak. Keje memang dalam opis je dan aku akan pastikan keluar rumah lengkap dengan sunblock. Tak syak lagi! Suma ni disebabkan kosmetik.  Maklumlah, sekarang ader bermacam-macam produk kosmetik yang berada dipasaran. Tiap kali ader produck baru je mesti nak try. Akhirnya sendiri terpaksa tanggung dan kulit pn jadi sopang samping T__T . Sekarang ni aku jadi fobia sikit. Kalau nak beli pencuci muka atau segala macam mak nenek yang nak tepek kat muka aku nih mesti aku akan study habis-habisan dulu ingredient yang digunakan. Takut lagi teruk plak nnt.

 

Jangan salah faham dengan parut jerawat. Jeragat dan parut adalah jenis yang berlainan. Adalah satu ari tuh aku pergi Farmasi cari ubat “Melanox” (untuk jeragat) dan Neo Deca (eyedrops). Niat di hati memang nak tanya pharmacists. Tp time tu pharmacist bz melayan satu customer. Tp x per la..aku tak kisah je tunggu.  Tp SA ni nak tolong bab2 ubat-ubatan ni. Bukan lah nak memperkecil kan. Tp aku lebih selesa tanya direct dengan Pharmacist tuh. Bila tanya ubat yang mengandungi hydroquinone untuk jeragat dekat SA tuh. Tanya aku balik jeragat tu ape dan ader hati nak mengajar aku yang kat muka aku ni parut bukan jeragat.. wtf? Macam aku tatau keadaan muka aku sendiri. Kalau kau tatau duduk tepi sane senyap2. Aku tak mintak pn nak pendapat kau. Bila customer tanye pasal ubat tuh kau tunjuk je atau cakap tatau. Senang!. 

 

pigmentasi

 

Ni contoh pigmentasi di kulit ye adek-adek. Ni bukan parut jerawat TAU!

 

Btw, Hydroquinone ubat untuk memudarkan jeragat. Ubat ni terkawal dan hanya boleh didapati di farmasi atau dengan doktor sahaja. Hydroquinone 2% atau 4% sudah mencukupi. Tu je da cukup! Ini memang atas nasihat doktor. Sekarang ni bersepah sangat produk muka terutamanya produk tempahan yang menyebabkan pengelupasan. Kandungan hydroquinone dan merkuri dalam produk2 ni sangattttt TINGGI! Dan boleh mendatangkan kemudaran di kemudian hari. Memang la bila pakai kulit jadi mulus, tulus, gebu mcm telur yang bru lepas kopek tuh. Itu secara luaran nya. Dalamannya kita sendiri tatau. Disebabkan kurang pengetahuan dan untuk cepat cantik, duit dileburkan untuk mendapat keperitan dikemudian hari.

 

Aku pn mcm tu la dulu. Maklumla..time2 sekolah dlu. Mana tau ape2 pasal barang2 kosmetik nih. Tp disebabkan nk lawa sangat..HAMBEK koo..! kulit mengelupas dan merah2. Kulit pula makin hari makin nipis. T___T bila try stop makin teruk pulak jadi. Tp memang aku gigihkan jugak. No more local product or sebarang produck yang mengandungi chemical yang merbahaya. Da la tak buat sebarang research untuk menghasilkan product tersebut dan kandungan pn tidak diberitahu secara jelas kepada pengguna.

 

Ini la dia cream untuk pigmentasi. Aku rasa lebih selamat beli cream di farmasi daripada beli cream bermacam-macam brand yang dijual di shopping2 mall sane.

 

DSC_0670

 

 

DSC_0669

 

Jangan ingat aku beli ni buta-buta je. Aku beli pn sebab nasihat doktor. Cream ni perlu dipakai dua kali sehari. Agak-agak da pudar sikit boleh la stop. Untuk yang mengandung tidak digalakkan menggunakannya.

 

Untuk cantik kita haruslah menjaganya dari muda. Tapi kene pandai pilih product yang dijual di market. Jangan tersalah pilih pula. Kita harusla tahu apa yang kita pakai dan gunakan. Tak rugi apa pn tambah pengetahuan sedikit untuk keselamatan diri sendiri.

 

Ini antara kosmetik yang telah dilarang kerana mengandi bahan-bahan yang merbahaya. fuuuhhhh…takottt…!!!

 

1. Dr. Seagar SkinRecon

2. Ains Beauty Care Natural Lightening Cream

3. Felisa GP Lotion

4. Sri Mutiara Krim Kecantikan Malam

5. Dewajah Night Cream

6. Ains Beauty Care Clear Cream II

7. Ains Beauty Care Face Lotion 1

8. Ains Beauty Care Face Lotion 2

9. Rihanna Beauty Cream

10. Sub Whitening Revitalizing Cream

11. Sub Instant White Cream

12. Herbarites Skin Whitening (Sensitive Skin)

13. Deep Skin White Plus

14. Atika Beauty Skin Lightening Cream

15. Crystal White Extra Night Cream

16. Crystal White Night Cream

17. Golden Deer White Complex Cream

18. Cellnique Skin Whitening Plus II

19. Cellnique Skin Whitening Essence I

20. Sendayu Tinggi Body & Skincare Cool & Lightening Soap

21. Kzanah White Pembersih Wajah

22. Glosskin Krim Malam & Siang

23. Reena’s Astringen Lanjutan

24. Skin Desires Deep Whitening Milk

25. Eetye Whitening Cream

26. O’lynn Lynn’s H20 Series Skin Lightening Cream

www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain