fb Twitter

Friday, December 24

Contact Lens addicted

Yerp..u can call me that. Tak pernah keluar rumah tanpa pakai contact lens. Rasa macam keluar berbogel je kalau tak pakai (sampai macam tu sekali). Aku mula pakai lens ni sejak 9 tahun yang lepas..lagipun aku memang rabun. (agak2 berapa la kan umo aku skang?tsk..tsk)…beria ria tak nak pakai spec sbb tak nampak cam nerd..nak budget gorjes la konon..(ader org kesah ker?) .Mula-mula start pakai yang jenis tak da color. Biasa la..budak time blaja kat matrix dlu..kene la menunjukkan imej yang baik..woot..woot..

Kemudian terus rasa nak pakai yang color supaya jadi jelita mcm Rozita Che Wan. wtf..rozita pn org tak kenal time tuh.. First color aku try warna hazel. Tak ingat brand aper..freshlook kot.. totally loving it..semua orang tego time tuh..tetiba rasa mcm jadi perhatian plak bile ader org tegur.kembang kucup kejap..sebelum tu pandang pn org tak mahu okeh! Biasa la..budak anti sosial dan pendiam..ader ke org nak berkawan.

But lately aku memang da jatuh cinta terus dengan dolly lense. Pakai sebab nak dapat effect mata besar dan bulat..amat sesuai sekali tuk aku yang mata sepet nih. *kelip-kelip mata* . yang paling best boleh tahan sampai 6-12 bulan..bergantung pada tahap hygine dan penggunaan. Ni anta warna-warna yang aku minat..

180920101189
Crystal i-Green – ni memang pakai hari2 pergi keje. tak der la over sangat kan..kalau pakai color lain kang org cakp aku nak pergi cucuk langit plak..langit mn aku  nak cucuk kak?
DSC_1892-1
Dreamy i-blue – kalau keluar je aku suke pakai nih..lantak la org nak ckp fake or takut tgk mata aku..ader aku kisah?
DSC_0339
 puffy 3tones violet- my 2nd everyday use..
Dan yang tak best nye lens ni sama ada kene beli online or kawan2  yang ada menjual. Dan ambil masa untuk dapat kat tangan. Aku pulak bkn nye jenis yang boleh sabar. campur plak perasaan excited yang tak sabar2 nak pakai..but ader one day tu aku makan kat Asia Cafa Subang tgk ader org jual lense mcm ni dekat kawasan tuh. Tp tak sure brand ape. Takut nak beli sbb byk sgt imitation skang ni..mata pn kene jaga jugak ..baik jgn beli kalau tak tahu ketulinan nya.

ps/ ader sape2 jual tak lense nih? sila contact saya
www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain