fb Twitter

Wednesday, September 1

Mari belajar memasak

sabtu lepas saya telah belajar memasak..Selama ni memang kurg masak. Kurang ok..bukan tak pernah langsung. Resepi2 yang dapat ni adalah dari wawa dan ieja. Tingin nak buat masak lemak cili api dan butter prwan. So mintak la pertolongan dari wawa n Ieja. Ieja siap tuliskan lagi dengan details nye resepi kat dalam buku..Bile da buat..la senang sangat..ku pikirkan payah nk buat masak lemak ni

Bahan-bahan utk memasak ayam masak lemak cili api:

Bahan-bahan kisar:
5 bawang merah
3 bawang putih
2 inci kunyit hidup
7-10 biji cili padi hijau - ikut kesesuaian. Kalau suke pedas, boleh letak byk sikit. Saya memang kene mkn pedas, so letak la byk2

Serai
Ayam
Santan
Kentang - optional
Ayam keping

Cara-caranya:
1. Tumis minyak, setelah panas masukkan bahan kisar. Goreng hingga garing dan tambah serai
2. Masuk kan santan dan kacau hingga mendidih
3. Masukkan kentang dan ayam, Biar mendidih hingga ayam masak.
4. Masukkan asam keping.




Dan ini lah hasilnya


Bahan-bahan utk Butter prawn

Udang
Butter/Mentega - 3 sudu besar
Kuning Telur - 4-5 biji
Cili padi
Daun Kari

Cara-caranya:
1. Goreng udang, clili padi  dan daun kari. Angkat.
2. Masak butter bersama minyak sehingga butter cair.
3. Kacau dan masukkan telur. Masuk kan telur sedikit demi sedikit dan sentiasa dikacau bulat2.
4. Bila naik buih, masukkan udang dan gaulkan.
5. Tambah garam secukup rasa. Nak sedap lagi tambahkan gula.





Dan ini lah hasilnya...


*gambar kurang clear sbb menggunakan camera hp.

Menu yang ketiga pula buat sambal ikan bilis dan kentang. Masakan ni nk handal da buat. Main campak2 jer bahan =) www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain