fb Twitter

Wednesday, August 25

Neutrogena

Saya nak bagi review and sangat menyukai product ini. Sepanjang hidup, saya memang tidak menggunakan sebarang make-up remover. Sebab pada pendapat saya, cukup la sabun, toner dan moisturizer yang digunakan tiap-tiap hari dan mampu untuk mengilangkan segala kotoran. Risau jugak kalau pakai make-up remover ni nanti naik jerawat plak sebab saya memang mempunyai kulit yang sensitif. Kang tak pasal naik jerawat mengalahkan gunung berapi.


Tapi, semenjak menggunakan product pencuci muka yang baru (saya menggunakan product N****** sebelum ini, baru tahu tak elok utk muka..terus tuka cari product lain), saya terpaksa menggunakan make-up remover kerana sabun yang digunakan tidak memerlukan untuk pakai toner.

Ni lah make-up remover yang saya gunakan.






Ni adalah jenis cleansing milk. Sangat..sangat..sangat suke pakai ni. Memang segala kotoran akan keluar dan lepas pakai ni akan rasa muka mcm lembut sedikit. Tp pastikan cuci muka lepas tuh. Mula-mula pump kan sedikit cleasing lotion dekat tapak tgn. Kemudian sapukan di muka. Gosok-gosok secara membulat dan lapkan menggunakan kapas. There you go..senang bukan menggunakan nya. Jerawat pun susah nak naik =)

Ouh..lagi satu. Saya menggunakan sabun Evolle. Sebab ape? Kerana ingredient nya menggunakan bahan-bahan semula jadi tak ader campuran chemical langsung. Walaupun saiz nya yang kecil dan agak pricey, tp saya memang tidak menyesal langsung pilih sabun ni.


www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain