fb Twitter

Wednesday, July 28

Strong?

Ari ni mental dan fizikal aku adalah sgt tidak stabil. Keep on thinking, ape yang perlu aku buat agar tidak memikirkan segala macam masalah. Aku tau, aku bukan la baik sgt. Tp niat aku adalah ikhlas untuk berubah. Setiap manusia punya kelebihan dan kekurangan. Cuba la berikan cukup masa dan tolong la bersabar untuk mengharapkan perubahan yang sangat drastik itu.

Tp yang menambahkan lagi kekecewaan, semua yang aku buat salah di mata manusia itu. Ada je tak kene. Seperti tidak memahami ape yang pernah aku lalui. Aku cuba buangkan jauh2 dan cuba tak nak ingt kembali ape yang terjadi sebelum ini. Tp semakin kuat aku cuba lupakan, semakin aku menjadi paranoid.  Tp ko tak pernah nampak semua tu. Aku hanya mengharapkan sedikit kesabaran sahaja lagi. Aku memang cuba berubah.

Aku bukannye robot yang boleh berubah dalam sekelip mata. Cuba la berikan kepercayaan kat aku yang aku mmg boleh berubah. Aku sentiasa muhasabah dri sendiri dan pikirkan balik tentang perangai aku nih. Aku perlukan kekuatan dan sokongan. Im very different from other people.

Tp sekiranya memang itu jalan yang ko mahu, aku tetap akan menghormatinya.  Sekiranya kebahagiaan di lua sana yang ko cari aku tetap akan menyokong. Aku perlu mencari kembali kekuatan yang ada di dalam diri ini. Setelah aku bangkit dari kesedihan. Kini aku jatuh sekali lagi dan aku memerlukan sokongan untuk memberikan kekuatan agar aku boleh terus menjalani hidup seperti orang lain. Mengecapi bahagia seperti jua rakan-rakan. Dan mengharapkan sesuatu yang benar-benar bernilai.

Hendak menagis, aku tak mampu lagi untuk menagis. Aku harapkan ko akan bahagia. Dan tak lagi akan pening memikirkan tentang perangi aku. Ni adalah satu pengorbanan utk mu walaupn berat hati aku untuk melakukannya.  www.tips-fb.com

Ratings and Recommendations by outbrain